Sunday, 31 August 2014

simpanan tetap, simpanan pelaburan dan simpanan berhutang

Secara kebetulan saya terjumpak artikel di newsfeed facebook mengenai pembelian kereta secara tunai. Mungkin ramai di antara kita yang masih dilema sama ada ingin membeli kereta atau rumah atau mengumpul aset yang mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan. Ini salah satu cara yang dapat membuka minda kita untuk membeli sesuatu aset secara tunai atau membiarkan diri kita dibelenggu hutang selama beberapa taun.
Sila membaca artikel ini jika ingin mengetahui teknik membeli kereta secara tunai.
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/cara-beli-kereta-tunai.html?m=1.






Tuesday, 19 August 2014

Teknik menyimpan wang yang berkesan

Adakah anda sedar bahawasanya simpanan kewangan sangat penting bagi setiap individu tidak kira muda mahupun telah menjangkau usia emas.

Adakah anda sedar tentang kelebihan menyimpan 10 % hasil dari sumber pendapatan harian atau bulanan yang diperolehi.

Adakah anda merasa sangat rugi untuk menyimpan sedikit hasil dari gaji anda daripada anda akan berhutang kemudian hari.

Adakah anda suka menggunakan wang anda tanpa menyimpan walaupun sedikit.

Adakah kita rasa gembira hidup dikelilingi dengan hutang.

Adakah anda sedar taraf hidup semakin hari semakin meningkat.

Adakah anda tahu apa itu inflasi?


Persoalan demi persoalan telah saya timbulkan demi membuka minda anda bahawa pentingnya menyimpan walaupun sedikit dari sumber kewangan anda.

Situasi seperti meminjam duit dari along, membuat loan bank insya allah tidak akan wujud jika setiap dari kita menyimpan wang sejak kecil. Cuba anda bayangkan jika menyimpan sejak umur 6 tahun. Setiap hari anda akan asingkan RM1 daripada wang kocek anda untuk menyimpan. Setelah setahun hasil simpanan anda menjadi RM365. Andainya anda istiqamah Insya Allah simpanan yang terkumpul sebanyak RM8760. WOW. Bak kata pepatah sikit sikit lama lama kaya.

Lebih menarik jika anda membuat keputusan untuk menyimpan di tempat yang memberi pulang dividen yang tinggi. Andainya setiap bulan anda berjaya mendisiplinkan diri anda menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan. Setelah 5 tahun anda akan mendapati wang anda menjadi RM14794.00 jika tempat tersebut menawarkan dividen sebanyak 8%. Wow!

Anda boleh gunakan wang simpanan ini untuk membiayai yuran pelajaran atau perkahwinan. Anda tidak perlu untuk meminjam lagi :). Hasilnya hidup anda menjadi tenang kerana bebas dari hutang.


Ini adalah secebis dari contoh realiti yang terjadi zaman kini. Bayangkan pada tahun 2030 bagaimana kehidupan kita jika tidak mengambil inisiatif dari sekarang untuk menyimpan wang. Saya ulangi sangat sangat sangat penting untuk anda menyimpan wang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya di talian 010-9296603 tanpa segan silu.

Saya akan menerangkan secara terperinci bagaimana untuk gandakan hasil simpanan wang anda. Ini bukan cerita dongeng. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Ariff Sauffi

CWA consultant




Thursday, 26 December 2013

Allahu rabbi. terkesan ayat PU Rahmat di mana seorang penonton bertanya kepada beliau.
"ustaz, saya anak yatim piatu. adakah di akhirat sana saya dapat berjumpa kedua ibu bapa saya kerana saya amat merindui mereka". kata beliau "alhamdulillah. adik conform xkan jadi anak derhaka. Insya Allah, sama sama kita menjaga ibadat kita,  perhubungan dengan Allah maka dapatlah adik berpimpin tangan bersama kedua ibu bapa adik seiring ke syurga". Ternyata Allah itu Maha Adil. Adik tadi walaupun terpaksa mengharungi hidup tanpa ibu bapa tapi terlepas dari dugaan bisikan syaitan untuk menderhakai ibubapanya sedangkan kita... Hargailah mereka ketika mereka hidup. Pasti satu hari nanti kita merindui mereka dan ketika itu mereka telah jauh pergi.....